Oleh: Dr Zakuan Zainy Deris
Naib Presiden PAPISMA
azam99kk@yahoo.com
1. Pengenalan
Selain daripada bidang pendidikan, bidang perubatan dan kesihatan merupakan medan
dakwah yang paling utama. Perkara ini boleh dilihat dalam strategi penjajah apabila menakluki
sesebuah Negara. Mereka langsung akan membuka sekolah-sekolah beridentitikan agama
mereka. Mereka juga membuka hospital-hospital dan klinik kebajikan untuk orang-orang yang
lemah dan miskin. Kesan-kesan ini masih boleh dilihat sekarang ini. Wujudnya sekolah-sekolah
La Salle, King George, Stella Maris, St. , Victoria dan sebagainya serta corak pakaian seragam
dan pergaulan yang diambil secara langsung daripada budaya mereka. Hanya di akhir tahun
80an barulah corak pakaian seragam yang menutup aurat dibenarkan termasuk juga di sekolah
kebangsaan biasa.
Bidang perubatan dan kesihatan juga tidak
ketinggalan. Sistem jururawat contohnya terlalu sukar
untuk diubah kerana ianya menggunakan asas
penjajah. Pakaian menutup aurat dikalangan jururawat
baru diperkenalkan akhir tahun 1990an. Di samping
itu hospital-hospital missionary masih wujud secara
langsung contohnya Hospital Mount Miriam yang
merawat pesakit kanser diakhir nazaknya. Terdapat
sesetengah fakulti perubatan luar Negara yang secara
langsung menekankan tentang adab-adab dan budaya
kristian didalam silibus pelajarannya.
Ini belum lagi dilihat kepada perubatan
traditional dan alternative. Bidang-bidang ini yang
berhadapan dengan tidak sedikit orang-orang sakit juga sebahagiannya mempunyai latar
belakang dakwah dan agama. Lihatlah bagaimana sesetengah sami budha juga turut dikenali
sebagai dukun atau sami hindu yang terkenal dengan keajaiban tersendiri.
Ini semua adalah persaingan dalam dakwah yang memerlukan bukan sedikit tenaga and
usaha daripada ahli perubatan dan paramedik muslim. Tetapi yang lebih penting daripada itu
adalah kesedaran dan perancangan daripada dai’ tersebut. Sudah tentulah persaingan untuk
memenangi hati manusia ini tidak boleh dihadapi dengan kekerasan dan senjata tetapi mestilah
dihadapi dengan psikologi dan lemah-lembut.
Di sinilah kita menekankan dakwah bil hubbi bukannya dakwah bil harbi. Iaitu dakwah
dengan cinta bukannya peperangan.
2. Kelebihan Anggota Perubatan dan Paramedik
a. Kelebihan anggota perubatan dan paramedik
Anggota perubatan terutamanya doktor–doktor sudah tentulah mempelajari asas-asas
kaunseling, perhubungan interpersonal, kemahiran perhubungan dan sebagainya,
menambahkan lagi kemahiran-kemahiran dakwah yang ada padanya.
Kebanyakan anggota perubatan dan para medik juga dalam kategori dianugerahkan
oleh Allah dengan akal yang baik. Sudah tentulah dia boleh berfikir, mencari alternatif dan
Menutup aurat adalah wajib, walaupun
semasa berkhidmat kepada pesakit
berhujah dengan pesakitnya sebagaimana dia boleh berhujah mempertahankan rawatan
pesakitnya itu.
b. Keadaan pesakit
Anggota perubatan dan
paramedik biasanya didatangi oleh mad’u
mereka yang berupa pesakit-pesakit. Ini
sudah tentu merupakan keuntungan yang
sangat jelas berbanding dengan dengan
lain-lain pendakwah kerana mereka yang
lain itu terpaksa mencari mad’u
sedangkan bagi doktor dan anggota
paramedik, mad’u lah yang mencari
mereka.
Keadaan pesakit yang
memberikan sepenuhnya kepercayaan
kepada doktor tersebut untuk
memberikan rawatan fizikal yang
dihadapinya sehinggakan dia membuang
sama-sekali perbezaan antaranya dengan
perawat yang memberikan perkhidmatan
itu. Tidak ada lagi perbezaan agama dan
warna kulit. Tiada lagi perbezaan fahaman dan parti politik. Tiada lagi perbezaan kasta dan
makanan. Semuanya itu dibuang demi untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.
Perkenalan yang singkat dengan perawat tersebut seolah-olah telah lama dikenalinya
sehingga dia sanggup memberitahu segala rahsia yang disimpan selama ini walaupun kepada
anak dan isterinya sendiri. Segala rahsia didedahkan kepada orang yang baru dikenalinya
yang bergelar doktor tersebut. Segala masalah diceritakan satu persatu agar tuan doktor
memberikan rawatan terbaik. Bahkan terkadang sekiranya dia silap memberikan maklumat
ditelefon semula doktor tersebut untuk memberikan maklumat yang betul
c. Keluarga pesakit
Keluarga pesakit sangat mengharapkan bantuan perawat keluarganya itu. Diberikan
sepenuh kepercayaan. Diikut semua nasihat doktor tersebut tanpa mempertikaikan sedikitpun
walaupun kadang-kadang nasihat doktor tersebut menjejaskan nafsu sipesakit itu. Kadangkadang
juga nasihat yang diberikan tidak berapa dapat diterima akal oleh orang awam
tersebut. Tetapi demi memberikan keprcayaan kepada si doktor serta demi orang yang
tersayang itu sembuh daripada penyakitnya, maka diikut juga nasihat doktor tersebut
adi semua prasarana untuk dakwah sangat terbuka dan sangat lumayan. Jadi amat
malang sekiranya doktor tersebut masih belum mampu untuk berkongsi kebenaran
agama kita, nasihat dan kefahaman kita dengan mereka semua pada waktu emas ini. Rugilah
sekiranya kesempatan yang terakhir bagi sesetengah pesakit ini tidak diambil dan membiarkan
mereka meninggalkan alam yang fana’ ini dengan dosa serta maksiat atau engkar kepada
penciptanya. Adakah kita tidak bersedih sekiranya pesakit menemui penciptanya sedemikan kerana
keengkaran doktor itu berdakwah.
J
Proses membantu mesti dilakukan secara ikhlas
3. Merancang Dakwah
a. Menuntut ilmu
i. Usrah
Usrah merupakan medan yang sangat mesra doktor dan anggota paramedik
untuk mencari ilmu, latihan berhujah serta bertukar pandangan. Dari sudut
pengurusan masa, sudah tentu masa berusrah dan hasil yang diperolehinya adalah
sangat efektif berbanding dengan kaeadah pencarian dan praktikal ilmu lainnya. Ilmu
yang dibincangkan seharusnya meliputi asas-asas aqidah, perbandingan sains dan
kitab, fiqh perubatan dan isu semasa perubatan.
Anggota perubatan dan doktor biasanya sudah terdedah dengan kumpulan
perbincangan akademik. Jadi inilah medan yang hamper sama dengan group
discussion itu. Bukannya satu perkara yang asing bagi mereka untuk membuat kerja
rumah, membuat kerta kerja, mengemukakan pandangan, menjawab pandangan balas,
bertolak ansur: semuanya ini ditekankan dalam usrah. Tinggal lagi usrah lebih
terkedepan dari group discussion dari sudut keprihatinan kepada ahli, budaya tegur
menegur dan nasihat menasihati, berkongsi maklumat dan privacy dan lain-lain
kerana perhubungan usrah itu diasaskan kepada tunjang aqidah yang sah.
Sabda Rasulullah SAW: Tiga golongan sekiranya kamu memilikinya, nescaya
kamu mendapat kemanisan iman; iaitu kamu mencitai Allah dan Rasul lebih darpada
segalanya, kamu tidak mencintai orang lain melainkan kerana Allah dan rasul serta
kamu benci kemabali kepada kekufuran sebagai mana kamu benci dicampakkan ke
dalam api neraka.
ii. Program Perbandingan agama dan budaya
Anggota perubatan dan paramedik seharusnya dibekalkan dengan ilmu
perbandingan agama dan budaya. Ini merupakan asset yang penting baginya untuk
memelihara sensitivity pesakitnya dalam hal yang dibenarkan. Juga terlebih penting
daripada itu adalah baginya memahami kenapa pesakitnya belum lagi Islam
sedangkan kebenaran itu sudah jelas.
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah
jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang
ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah
berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah 256)
Dia juga seharusnya belajar untuk memulakan dialog agama dengan
pesakitnya yang sebahagian besar sangat kosong rohaninya itu. Peluang inilah
digunakan untuk memberitahu tentang agama Islam kepada mereka dan membiarkan
mereka membuat penilaian. Konsep kehidupan selepas mati dalam islam perlu
diterangkan dan pada masa yang sama kita memahami perbezaan dengan agama lain.
لاَ إِآْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ
بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ
لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Keseuaian Islam dengan sains moden juga merupakan asset yang besar bagi
kita kemukan kepada mad’u kita bagi membuktikan kebenaran Islam yang kita cintai
ini.
iii. Program ilmiah lain
Menjadi satu kelebihan sekiranya anggota perubatan mampu untuk
meluangkan sedikit masa bagi mempelajari sebahagian daripada cabang ilmu agama
yang khusus yang boleh digunakan dalam kehidupan sehariannya. Tetapi harus
diingat bahawa mereka bukanlah akan menggantikan tempat-tempat ustaz-ustazah
atau selainnya dalam perkara khusus ini. Biarlah ustaz dan ustazah berpenanan dalam
bidang mereka dan anggota perubatan menambah ilmu dalam bidang ini sebagai
melengkapkan sebagai seorang doktor daie’ yang fakih.
atu hal lagi, harus dielakkan daripada
menjadi kelompok yang digelar oleh Syiekh
Yusof al Qaradhawi sebagai ahli kalam
moden iaitu mereka yang gemar berbahas dalil-dalil dan
nas dalam perkara yang ada khilaf atau kelonggarannya
sampai membebankan dirinya sendiri. Ini juga boleh
menyebabkan kerja besar dakwah yang terganggu serta
terhenti kerana perbahasan yang tidak kunjung selesai itu.
Mereka tidak mahu orang awam mengikut mana-mana
mazhab tetapi merekalah yang membina mazhab yang
kelima. Mereka mahu mengikut aliran salaf, tetapi
sebenarnya merekalah yang meminggirkan budaya salaf
yang hormat menghormati dan berlapang dada dalam
berbeza pandangan. Mereka anti kepada taqlid kepada imam muktabar tetapi
merekalah yang gemar orang bertaklid dan mengikut ketua mereka. Mereka anti
kepada jemaah centric tetapi sebenarnya mereka mengagungkan individu (anacentric).
Mereka mengatakan ahli jemaah meletakkan status maksum dan tidak boleh
dikomen kepada jamaah tetapi sebenarnya mereka sangat menyanjungi pemimpin
mereka dan sanggup mempertahankan pemimpin mereka walaupun pemimpin itu
silap atau tersasul.
b. Dakwah dengan sikap dan tingkahlaku
Dakwah bil hal merupakan satu kaedah yang sangat penting. Menunjukkan contoh
teladan yang baik merupakan satu prinsip dakwah oleh Rasulullah SAW.
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu
(yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan
dia banyak menyebut Allah. (Al Ahzab 21)
Dalam hal ini seharusnya anggota perubatan yang faham Islam menujukkan contoh
teladan yang baik. Dari segi gerak kerjanya; dia seorang yang sangat cemerlang dari segi
ilmu dan kemahirannya; dari segi masa bertugas, dia boleh hadir membantu pesakit
S
Syaikh Yusof
Qaradhowi, ulama masa
kini
لَقَدْ آَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن آَانَ يَرْجُو
اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَآَرَ اللَّهَ آَثِيرًا
walaupun bukan pada masa on call; dia juga sangat terbuka dengan kritikan; dari segi
amal ibadatnya, dia sentiasa menjada amalan wajib dan menjauhkan yang haram serta
membanyakkna yang sunat dan meninggalkan yang makruh. Sekiranya ada pilihan, dia
akan memilih yang mudah, sekiranya ada kelonggaran, dia memilih yang longgar. Dia
menjadi contoh kepada anggota perubatan lain, para pembantu serta yang utamanya
kepada pesakit dan keluarga mereka. Kita dihargai apabila pandangan kita diperlukan,
tetapi sekiranya kita menyukar untuk dihubungi atau memarahi ketika dihubungi, maka
sudah tentu kita tidak mahu mengeluarkan pandangan. Dan kita tidak lagi diraikan.
c. Dakwah interpersonal
Dakwah interpersonal dengan pesakit adalah sangat penting. Sebahagian dari
pesakit perlu dibuat secara follow up khusus. Termasuk juga melawat kerumah pesakit
apabila keadaan memerlukan dan kita sudah melengkapi diri untuk perkara ini. Harus
diingat bahawa perkara ini adalah sangat sukar dan hanya orang yang mampu sahaja
wajar melakukannya.
Seorang sahabat menjadi anak angkat satu keluarga non-muslim yang kaya dan
berpelajaran Dia boleh berdialog agama secara terbuka dengan mereka. Dan keluarga
cina tersebut sangat menunjukkan minat kepada Islam dan tidak lagi prejudis seperti
sebelumnya.
d. Dakwah rakan sekerja
Dakwah kepada rakan sekerja sangat penting. Terdapat dua teori jamaah yang harus
dipertimbangkan iaitu ekslusif dan inklusif. Sekiranya jamaah ini dikawal terlalu ekslusif,
maka jamaah akan kaku dan tidak bermaya. Jemaah tidak mampu berkembang dan ahli
jamaah akan menjadi golongan elit. Inklusif yang keterlaluan juga merbahaya. Kerana ia
boleh menyebabkan prinsip-prinsip sirr dan hazar terancam.
Oleh kerana itu ekslusif dan inklusif ini mesti disesuaikan dengan individu, keadaan
dan masa. Kata-kata pengurus pasukan bola sepak: gol boleh diperolehi apabila adanya
orang tepat, di posisi yang tepat dan masa yang tepat.
Yang kebiasaanya, di alam perkejaan, seharusnya rakan sekerja memahami fahaman
kita dan mereka menghormati fahaman tersebut. Tidak perlulah kita mengisytiharkan diri
berada dalam jamaah sekian sekian, ataupun muncul di atas pentas-pentas ceramah
sekian-sekian, ataupun berbahas dengan bos sekian-sekian. Cukuplah sekiranya
pandangan kita mewakili pandangan Islam dan jamaah, kita boleh berkerja dengan
condusif selaku seorang muslim dan dihormati, serta kita juga mempunyai masa untuk
melakukan rutin-rutin asas ibadat, menuntut ilmu serta berjamaah. Kalaulah asas ini tidak
dihormati, maka kita harus menyemak keadaan diri sendiri sebelum kita menyemak apa
yang tidak kena pada orang yang tidak menghormati kita itu.
4. Halangan-halangan Dakwah
a. Keluarga
Halangan keluarga merupakan satu tragedi. Ia boleh
mematikan pergerakan dai’e tersebut serta membunuh
kerja-kerja dakwah secara umumnya. Kenapakah ini
berlaku?
i. Tersilap pilih pasangan
Baitul muslim merupakan cita-cita setiap
individu yang memahami Islam. Islam tidak boleh
Baitulmuslim idaman setiap
individu
ditegakkan dalam Negara sebelum wujudnya unit-unit baitul muslim. Disebut oleh
salah seorang bekas mursyidul am Ikhwan: Dirikanlah Negara Islam dalam diri
kamu sebelum kamu mendirikan Negara Islam di tempat kamu.
Jadi untuk mewujudkan baitul-muslim ini memerlukan perancangan dan tidak
boleh berlaku secara spontan seperti teori evulosi. Diantara perancangan yang
penting adalah dengan memilih individu yang memahami gerak kerja dakwah
sebagai pasangan. Terlalu banyak tragedi-tragedi ahli-ahli karam ditengah jalan
dakwah kerana memilih pasangannya bukan kerana Allah dan Rasul.
ii. Anak-anak
Anak-anak juga merupakan fitnah kepada perjuangan dan dakwah ini. Dengan
pengurusan anak-anak yang berteburan, ia boleh merencatkan kerja dakwah. Dalam
hal ini banyak diceritakan tentang anak-anak terabai kerana ibu bapanya sibut
dengan kerja-kerja dakwah untuk orang lain sehingga melupakan dakwah kepada
anak-anaknya sendiri.
Disebut oleh rasul yang mulia SAW: Dilahirkan anak-anak itu dalam
keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menyahudikannya, atau
menasranikannya atau memajusikannya.
iii. Ibu bapa
Ibu bapa kerap juga menjadi penghalang kepada kerja-kerja dakwah. Tetapi
biasanya ia bukanlah masalah yang besar bagi seorang pegawai perubatan atau
kesihatan yang telah mempunyai kehidupan sendiri. Namun begitu sekiranya masih
wujud masalah ini, maka anggota kesihatan itu lebih-lebih lagi kena menghisab diri
mereka sendiri. Mungkin dia tidak cukup berbuat baik kepada orang tuanya seperti
di arahkan didalam al Quran.
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibubapanya;
ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambahtambah,
dan menyusunya selama dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada
dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kamu kembali. (Lukman 14)
b. Kesibukan pekerjaan
i. Tugas rutin
Tugas rutin sebagai anggota perubatan dan paramedik adalah sangat
membebankan. Terkadang bukan sahaja usaha dakwah yang tergendala, tetapi juga
amalan-amalan wajib juga terancam. Tugas rutin juga memerlukan pengurusan
masa yang sangat baik. Dengan pengurusan masa yang baik ini, kita boleh
mengadakan ruang-ruang kosong khusus untuk berusrah, menuntut ilmu, membaca
dan selainnya. Tugasan on call khususnya mestilah disesuaikan supaya tidak
tergadai masa usrah. Dan perkara ini mesti dirancang dari masa ke semasa setiap
bulan.
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ
وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ
الْمَصِيرُ
Saya mencadangkan, demi untuk meraikan kesibukan sebahagian besar
daripada anggota perubatan dan paramedic, supaya setiap aliran latar belakang
tarbiah berlainan menubuhkan alumni masing-masing. Dengan alumni tersendiri ini
unit unit gerakan akan diperkecilkan, dan penyelarasan kerja dapat dilakukan.
Tambahan pula setiap alumni ini lebih mengenali anatara satu sama lain dan lebih
prihatin kepada sahabat yang sudah lama makan satu talam dengannya. Sekiranya
keciciran berlaku, ia agak mudah untuk dikesan semula berbanding dengan unit
gerakan yang besar.
ii. Lokum
Lokum adalah usaha lebih anggota perubatan untuk membantu kewangan
keluarga atau jamaah. Perkara ini digalakkan dalam keadaan yang terkawal. Iaitu
pengurusan masa yang baik bagi memasti setiap anggota gerakanmempunyai masa
bersama keluarga, usrah dan aktiviti khidmat secara sukarela. Jangalah pula usaha
dan pendapatan yang lebih ini mengulangi kisah Tsa’labah yang terkenal itu.
c. Kurang komitment
i. Kurang komitment terhadap amalan wajib
Komitment dalam amalam amalan wajib sangat penting. Sekiranya tiada
komitment dalam amalan wajib, bagaimana atau dengan apa angota perubatan dan
paramedik ini mahu berdakwah. Ingatlah amaran Allah dalam al Quran
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak
kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apaapa
yang tiada kamu kerjakan (As Saf 2-3)
Dalam hal ini saya menasihatkan supaya anggota perubatan dan padamedik
supaya bersolat di awal waktu kerana kecemasan tidak mengira masa. Kalau
sekiranya kita tidak bersolat di awal waktu berkemungkinan kita tidak sempat untuk
bersolat langsung.
ii. Kurang komitment terhadap amalan sunnah
Amalan sunnah khususnya membaca Alquran dan mathurat adalah sangat
penting. Ia akan bertindak sebagai immune system yang boleh menjaga individu
daripada terjebak ke lembah kehancuran. Teringat seorang pakar bedah yang saya
kagumi, di samping menjadi pakar bedah, beliau sentiasa membaca al Quran yang
dihafaznya semasa melakukan pembedahan. Secara tidak langsung ini juga adalah
suatu dakwah kepada orang lain disekeliling. Tetapi seharus diingat supaya tingkah
laku dan performance mestilah setara dengan amalan sunah sebegini.
iii. Kurang komitment terhadap pekerjaan
Komitment terhadap pekerjaan adalah sangat penting. Sekiranya seseorang
anggota perubatan tidak minat dengan keadaan pekerjaannya yang sentiasa
memerlukan komitment yang lebih, mereka awal-awal lagi tidak perlu memasuki
( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ( 2
( آَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ( 3
bidang yang penuh dengan kecemasan ini. Apabila menjejaki bidang ini , mahu atau
benci, menjadi kewajiban bagi mereka untuk terus iltizam dalam bidang kritikal ini.
Apabila berada dalam bidang ini, sudah menjadi fardu a’in bagi dirinya untuk
komitted membantu pesakit. Dan sudah tentulah dengan komitment ini juga
merupakan satu dakwah kepada pesakit.
d. Konflik rakan sekerja
i. Konflik dengan rakan sejemaah
Alhamdulillah sepanjang pengamatan saya, konflik sebegini tidak berlaku
bagi ahli jamaah dalam bidang ini. Kejayaan menggabungkan anggota jamaah dari
pelbagai latar belakang tarbiah merupakan antara kejayaan Papima. Bahkan
masing-masing saling lengkap melengkapi satu sama lain dalam membantu dakwah
dan gerakan.
ii. Konflik dengan rakan berlainan jamaah tetapi bercita-cita islam
Rakan-rakan yang bercita-cita Islam samada yang berada dalam jemaah Islam
atau bersendirian mesti dilayan sebagai rakan yang mempunyai pandangan berbeza.
Dalam hal ini perbezaan seharusnya di kebelakangkan dan sebaliknya persamaan
antara kita dan mereka yang kita tekankan. Banyak persamaan-persamaan yang
boleh kita utarakan. Antaranya adalah kebersamaan kita menentang kezaliman,
kebersamaan kita membantu orang sakit, orang miskin dan orang ditimpa bencana,
kebersamaan kita menentang bidaah, tahyul dan maksiat, kebersamaan kita
menghadapi gejala murtad dsb. Perkara-perkara sebegini yang kita sepakat bersama
mesti ditekankan.
Terkadang ada yang keras dalam satu isu dan lembut pula mereka dalam isu
yang lain. Sebagai contohnya saya pernah ditanya oleh pelajar tentang masalah
menegur secara terbuka atau tertutup. Perkara ini mestilah mengikut siyasah
syariyyah dan awlawiyyat semasa. Janganlah konflik kita berterusan sampai
menggagalkan agenda dakwah yang lebih besar itu.
iii. Konflik dengan rakan yang secular
Rakan-rakan sekerja yang secular juga kadang-kadang melambatkan usaha
dakwah kita. Pada orang sedemikan, kita kembali kepada persetujuan asal kita
bahawa kehidupan dan kematian kita bukan milik kita tetapi milik pencipta kita.
Jadi mahu tak mahu kita akan menjadi sejarah dan mesti menghadapi pencipta kita
selepas kematian. Jadi semua kerja buat yang kita lakukan seharusnya dalam
persediaan menghadapi pencipta ini termasuk lebih-lebih lagi dakwah kepada
pesakit. Jadi dalam hal ini biasanya kecemerlangan kita melakukan tugas rutin akan
menghentikan kritikan mereka yang secular ini.
iv. Konflik dengan rakan belum Islam
Rakan yang belum Islam seharusnya menjadi target dakwah kita dan tidak
seharusnya berkonflik dengan mereka. Firman Allah;
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang
baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah
yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang
lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An Nahl 125)
Kita juga mementingkan persamaan kita dengan mereka sebagaimana
dikehendaki Allah;
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat
(ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita
sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan
tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain
Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah,
bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)” (Al Imran 64)
e. Penyakit-penyakit hati
i. U’jub
Ujub atau ta’ajub bil nafsi merupakan perasaan kagum kepada diri sendiri
yang menjadi musuh kepada dakwah. Kagum kepada kebijakan atau pendapat
sendiri sehinggakan kita tidak lagi mahu mendengar pandangan kedua. Kita
sangkakan pandangan kita yang terbaik sedangkan itu bukan yang terbaik. Kita
menutup telinga daripada mendengar teguran dan kritikan orang lain.
ii. Angkuh dan Sombong
Angkuh dan sombong merupakan beban kepada dakwah. Banyak orang boleh
berendah diri semasa bergelar mahasiswa tetapi mula naik kepala apabila mendapat
ijazah dan pekerjaan yang stabil. Mereka sangat angkuh dengan gelaran yang
dipegang sehinggakan tidak lagi mahu menuntt ilmu kerana disangka dia sudah
memiliki ilmu yang cukup. Kakitangan bawahan sangat takut menegur kerana
beliau sahaja yang betul. Ibu bapa dan guru-guru sudah tidak dihiaraukan lagi
kerana saya sudah bergelar doctor. Siapa lagi yang bolehmenegur mereka ini?
iii. Boros
Alam mahasiswa adalah penuh dengan jimat cermat serta perbelanjan yang
berhemah. Tetapi apabila mereka sudah mempunyai gaji yang banyak, mereka
sudah tidak tahu untuk berjimat cermat. Mereka boros. Mereka membelanjakan
kepada perkara yang tidak perlu. Mereka menghabiskan gaji setiap bulan untuk
bulan itu sahaja. Mereka tidak tahu melabur atau membeli harta jangkan panjang.
Mereka melancung setiap bulan, makan di fast food selang sehari,tidak menderma
untuk hari mati.
iv. Bermewah-mewah
Bermewah mewah walaupun mereka mampu, sebenarnya tidak baik juga
untuk dakwah dalam banyak hal. Kerana majority mad’u mereka adalah golongan
miskin dan tidak berkemampuan. Keadaan yang mewah ini boleh menyebabkan
madu’ sedemikian menjauhkan diri. Apatah lagi kalau di campur dengan perasaan
sombong dan angkuh itu. Hal ini mungkin boleh dibincangkan sekiranya skop
dakwahnya kepada orang yang mewah juga.
5. Harapan Jemaah kepada Ahli Perubatan dan Paramedik
Jemaah sama sekali tidak mengharapkan semua orang berada di medan juang atau pentas
politik. Jemaah bukanlah merencanakan ahli-ahli para medik akan menjadi ustaz untuk
menyampaikan khutbah dan kuliah di masjid. Bahkan sebahagian daripadanya perlu untuk membuat
kerja-kerja penyediaan prasarana yang sesuai supaya jemaah khususnya dan Islam umumnya akan
berada di atas. Firman Allah;
Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: "Tahanlah
tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan
kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada
manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka
berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak
Engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada kami beberapa waktu lagi?" Katakanlah:
"Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang
bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun. (An Nisa’ 77)
a. Cemerlang dalam bidang masing-masing
Menjadi kewajiban kepada ahli jaah dalam bidang perubatan dan kesihatan ini untuk
cemerlang dalam bidang masing-masing. Sepatutnya orang yang terlibat dalam gerakan
Islam lebih cemerlang daripada orang lain. Bahkan mereka juga mesti setara aktiviti jemaah
dan pekerjaan seharian mereka. Adalah mirip kepada fahaman sekularisma, sekiranya
mengganggap kerja untuk kerja untuk jemaah mesti dilakukan dengan cemerlang tetapi kerja
untuk menyelamatkan pesakit boleh dilakukan sambil lewa.
b. Berupaya mengendalikan program khidmat
Program khidmat khususnya khidmat
kesihatan, berkhatan dan bantuan bagi orang
kurang upaya merupakan pengkhususan ahli
perubatan dan paramedic. Menjadi satu
kecacatan sekiranya anggota gerakan tidak
mampu mengatur program khidmat sebegini bagi
pihak jemaah. Progam sebegini menampakkan
kemesraan dakwah serta keprihatinan kita
kepada orang-orang yang kurang bernasib baik.
c. Infak
Menginfakkan sebahagian pendapatan
untuk kepentingan dakwah dan Islam merupakan
satu keperluan. Tambahan pula pendapat bagi anggota perubatan dan paramedic lebih
daripada pendapatan orang awam. Saya tertarik dengan satu alumni sebuah universiti yang
membelanjakan kadar yang cukup tinggi iaitu 5% sebagai derma bulanan bagi gerakan. Ini
adalah contoh teladan yang sangat besar. Ingatlah harta kamu bukanlah yang kamu telah
makan atau gunakan, tetapi apa yang kamu simpan untuk hari esok.
d. Membantu pembuatan polisi
Banyak polisi kesihatan tidak difahami oleh sebahagian besar anggota jemaah umum.
Ambil contoh peristiwa pembunuhan ayam itik disebabkan selsema burung mendapat
bantahan tidak sedikiti ahli jamaah. Jadi pembuatan polisi sebegini memerlukan pandangan
daripada ahli dalam bidang ini.
e. Menjadi tangan dan lidah Islam menghadapi musuh
Di antara perkara penting bagi anggota perubatan dan paramedic jemaah adalah
mewujudkan suasana kondusif untuk dialog dengan musuh. Perkara sebegini tidak boleh
Sumbangan tenaga dan harta demi
meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini
diserahkan kepada ustaz atau tuan guru keran imej mereka dipandang serong oleh potential
mad’u ini. Jadi imej professional, terbuka dan boleh berbahasa penjajah sangat penting bagi
menghadapi musuh yang tidak pernah berhenti menyerang islam itu.
Kita menggunakan tangan untuk menulis bagi mempertahankan islam di ruang cyber
atau dalam akhbar. Kita berucap dan berdialog mempertahankan Islam di forum umum.
Perkara sebegini lebih-lebih penting lagi bagi muslimat yang kerap mendapat ‘pembelaan’
yang tidak diperlukan oleh kumpulan feminis itu.
6. Penutup
Perjuangan dan dakwah bagi anggota perubatan dan paramedic sebenarnya berbeza daripada
skop dakwah dalam kumpulan lain. Keadaan mad’u yang datang sendiri kepada dai’e serta
persediaan mad’u untuk menerima nasihat dai’e merupakan keuntungan yang nyata dalam bidang
ini. Sekiranya keuntungan ini tidak diambil, maka ia mungkin akan terlepas dengan berlalunya masa.
Akhirnya, kertas yang panjang ini dan segala apa yang dicerekkan dalam kertas ini
sebenarnya merupakan pandangan dan pemerhatian individu. Sudah tentulah banyak kelemahan,
kesilapan atau keciciran dalam mana-mana bahagian. Kerana itu disusun sepuluh jari memohon
kemaafan sekiranya ada yang salah atau silap.
Kota Bharu 12hb Jan 2007

0 komentar:
Post a Comment